Berita Terkini
← Back to list
Jorge Lorenzo kembali ke Yamaha
Jan 30, 2020
Jorge Lorenzo kembali ke Yamaha
Foto - cycleworld.com
Juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo yang bersara hujung musim lalu kembali sertai pasukan Monster Energy Yamaha dalam program ujian pasukan itu bagi musim 2020.
Setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk Lorenzo sertai mana-mana pusingan perlumbaan sebagai pelumba wildcard namun Yamaha sentiasa terbuka jika dia ingin kembali berlumba.
Peminat boleh melihat kelibat pelumba Sepanyol itu pada sesi ujia pra musim di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Februari ini.
-----
LTdL 2020 - Skuad kebangsaan masih berteka-teki
Foto - Stadium Astro
Skuad berbasikal kebangsaan masih belum muktamadkan senarai enam pelumba ke jelajah Le Tour de Langkawi biarpun kejohanan itu akan membuka tirai, Khamis depan.
Menurut ARENA, ketua jurulatih, Mohd Yusof Abd Nasir masih menilai secara khusus siapa yang akan menggalas tugas selaku pakar pecut dan pendaki dalam pasukan itu.
Ketika ini, terdapat 15 pelumba yang mencuba nasib dalam sesi pemilihan termasuk bekas jaguh pecut LTdL 2010, Annuar Manan.
-----
Hector Ramos kembali ke pangkuan Sabah
Foto - Berita Harian
Hector Omar Ramos kembali ke pangkuan Sabah selepas secara rasmi diumumkan sebagai salah seorang pemain import skuad Tembadau.
Pemain kelahiran Puerto Rico itu merupakan antara watak penting ketika Sabah mencipta kejutan mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2018.
Selain Ramos, Sabah turut membawa masuk seorang pemain dari Thailand selain mengekalkan dua pemain import musim lalu iaitu Park Taesu dan Rodoljub Paunovic.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm