Berita Terkini
← Back to list
Jumlah Kelab Liga Super Musim Depan Diketahui Selepas 30 April
Mar 19, 2025
Jumlah Kelab Liga Super Musim Depan Diketahui Selepas 30 April
Status jumlah penyertaan kelab dalam saingan Liga Super musim depan hanya akan diketahui selepas 30 April depan.
Pemangku CEO MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata pihaknya sentiasa berhubung rapat dengan pasukan terlibat, termasuk yang sedang berdepan masalah tunggakan gaji.
Pihaknya turut percaya 13 pasukan sedia ada mampu kekal untuk harungi saingan musim baru dan komited untuk lengkapkan syarat yang ditetapkan MFL.
Terdahulu, pemilik JDT beri bayangan Sri Pahang dan Kedah Darul Aman berkemungkinan besar tidak lagi akan beraksi di pentas Liga Super bermula musim depan.
Corak permainan agresif taruhan Cklamovski
Taktikal menyerang, corak permainan agresif dan kawalan bola yang baik antara aspek yang bakal dititikberatkan oleh Peter Cklamovski dalam pasukan Harimau Malaya kali ini.
Jelas pengendali skuad kebangsaan itu, ia selaras dengan matlamat utama untuk jaringkan gol sebanyak mungkin dan memastikan pasukan kekal kuat dari aspek pertahanan.
Malaysia bakal buka tirai pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal, Selasa depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm