Berita Terkini
← Back to list
June Wei ganti Chong Wei ke Sukan Asia
Jul 26, 2018
June Wei ganti Chong Wei ke Sukan Asia
Foto - Stadium ASTRO
BAM senaraikan pemain di ranking ke-81 dunia, Cheam June Wei untuk membawa cabaran negara ke Sukan Asia, bulan depan.
Pemilihan June Wei itu adalah bagi menggantikan Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri diri susulan masalah kesihatan.
Keputusan itu selepas menilai beberapa faktor utama selain ambil kira kecederaan dialami Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
Liew Daren terkejut dengan musibah yang menimpa Chong Wei
Foto - Stadium ASTRO
Pemain badminton perseorangan lelaki, Liew Darren akui terkejut dengan masalah kesihatan yang menimpa Datuk Lee Chong Wei.
Katanya kepada ARENA, dia tidak menyangka Chong Wei akan ditimpa masalah kesihatan kerana jaguh negara itu seorang yang cukup cergas.
Ketiadaan Chong Wei sekaligus menyaksikan Daren jadi wakil tunggal perseorangan negara dalam Kejohanan Dunia di China, minggu depan.
Wakil negara teruskan kemaraan ke suku akhir badminton Terbuka Rusia
Foto - FourthOfficial
Perseorangan lelaki negara, R. Satheishtharan kejutkan pilihan utama dari Sepanyol untuk mara ke suku akhir badminton Terbuka Rusia.
Turut mara, perseorangan wanita, Ho Yen Mei, dua beregu campuran, satu beregu lelaki dan satu beregu wanita
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm