Berita Terkini
← Back to list
KAFA Boleh Tarik Nafas Lega
May 31, 2020
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) boleh menarik nafas lega.
Ini selepas bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus sedia berunding mengenai isu tunggakan gajinya.
Kesediaan pemain itu berunding diharap dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu kedua-dua pihak.
KAFA dilapor mempunyai tunggakan gaji hampir 630 ribu ringgit dengan pemain kelahiran Brazil itu dan kini berdepan tindakan FIFA.
---
Bayern Munich mendahului 10 mata di puncak liga Jerman, Bundesliga selepas belasah Fortuna Dusserdorf 5-0 malam tadi.
Robert Lewandowski jaringkan 2 gol sekaligus kumpul 42 gol peribadi dalam semua kejohanan musim ini
Sementara itu Borussia Dortmund yang berada di tangga ke-2 akan menentang Paderborn malam ini.
Saksikan aksi mereka jam 11.05 malam ini di saluran Astro 815 dan 835.
---
Dalam perkembangan Liga Perdana Inggeris (EPL) pula, tiada kes positif COVID-19 dikesan dalam ujian saringan terakhir.
Sebelum ini 12 kes positif direkodkan dalam 3 pusingan ujian terawal.
Berita baik tersebut disambut gembira banyak pihak menjelang sambungan aksi EPL pada 17 Jun ini.
---
Kerajaan Austria beri lampu hijau kepada penganjur F1 di negara berkenaan untuk memulakan perlumbaan pembuka musim.
Kejohanan F1 di negara itu akan berlangsung pada 5 dan 12 Julai, serta diadakan secara tertutup.
Jika Austria berjaya dalam penganjuran kali ini, perlumbaan seterusnya akan diadakan pada 19 Julai di Budhapest, Hungary.
Foto: Sinar Harian
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm