Berita Terkini
← Back to list
KAFA anggap denda MFL tidak adil
Apr 23, 2019
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bolasepak Kelantan sifatkan, denda yang dikenakan Liga Bolasepak Malaysia terhadap pasukan Kelantan menambahkan lagi masalah kepada pasukan itu.
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, MFL seharusnya bersikap adil berhubung dengan denda terbabit yang akan memberikan kesan kepada persatuan dan pasukan.
Foto - Stadium Astro
Malah tambah Bibi Ramjani, denda dan hukuman itu seolah-oleh mahu pasukan Kelantan terkeluar dari saingan Liga Malaysia.
Katanya, sekatan mendapatkan khidmat pemain import baru memberi tekanan kerana skuad The Red Warriors sangat memerlukan khidmat pemain import selepas Raul Tarragona menamatkan kontrak.
Foto - Stadium Astro
MFL semalam umumkan tujuh pasukan Liga Malaysia dikenakan tindakan pemotongan 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 di atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Dis 2018.
Lima daripada tujuh pasukan itu pula turut dikenakan denda sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua bermula pada 2 Mei depan kerana mengulangi kesalahan sama seperti tahun lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm