Berita Terkini
← Back to list
KAFA seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Jul 02, 2020
KAFA seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan
Kemelut Persatuan Bola Sepak Kelantan terus berpanjangan apabila Naib Presiden, Datuk Mohd Rowi Dollah melepaskan jawatannya berkuat kuasa semalam.
Menurut Mohd Rowi, beliau tidak dapat memberikan komitmen kepada pengurusan KAFA setelah meneliti keadaan semasa terutama dari segi kekangan masa sebagai usahawan.
Beliau juga akui tidak dapat membantu KAFA dalam mendapatkan penajaan kewangan bagi menguruskan persatuan itu dan skuad The Red Warriors.
-----
Perak II tak boleh kalah lagi
Foto - Berita Harian
Perak II perlu memburu kemenangan dalam tiga perlawanan selepas ini bagi memastikan pasukan itu kekal dalam saingan Liga Premier, musim depan.
Jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim tegaskan, pasukannya tidak boleh kalah memandangkan mereka kini di kedudukan tercorot liga dengan hanya satu mata selepas empat perlawanan.
Tambahnya lagi, fokus sepenuhnya boleh diberikan bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Premier memandangkan saingan Piala Cabaran dibatalkan kerana kekangan masa.
-----
MFL puji usaha KBS
Foto - Malaysian Football League
MFL puji usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa cadangan membenarkan latihan penuh secara berkontak ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada Khamis depan.
Malah, MFL optimis cadangan yang akan dibawa KBS itu adalah relevan selaras penurunan statistik pesakit Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
Tindakan itu juga katanya memberi isyarat baik di mana kementerian sukan negara sentiasa mengambil cakna terhadap situasi yang dialami industri sukan tanah air.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm