Berita Terkini
← Back to list
KBS mahu bina badan dipertandingkan di Sukan SEA Manila
Dec 17, 2018
Foto - Stadium Astro
Kementerian Belia dan Sukan berharap Majlis Olimpik Malaysia dapat mempertimbangkan agar sukan bina badan disenaraikan pada Sukan SEA Manila tahun depan.
Menurut KBS, pihaknya akan bertemu pihak MOM pada Rabu ini bagi membincangkan secara lanjut mengenai perkara itu.
Foto - Stadium Astro
Pihaknya juga akan bekerjasama dengan Persatuan Bina Badan Malaysia untuk mempertimbangkan sukan bina badan dipertandingkan semula di Sukan SEA.
Kali terakhir bina badan dipertandingkan pada Sukan SEA adalah di Myanmar 2013 dengan meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.
Foto - Stadium Astro
Pencapaian atler bina badan negara pada Kejohanan Dunia di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini, sangat membanggakan apabila menyumbang empat pingat emas keseluruhan.
Lilian Tan meraih dua emas kategori 55kg ke atas dan masters 30 tahun ke atas selain satu emas masing-masing daripada Syarul Azman Mahen Abdullah dan Buda Anchah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm