Berita Terkini
← Back to list
KHM tagih khidmat bekas Pemain Terbaik Dunia.
May 07, 2019
Konfederasi Hoki Malaysia bercadang untuk dapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan Australia, Jamie Dwyer untuk atasi masalah ketumpulan barisan serangan skuad negara.
Foto : Stadium Astro
Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata ianya bertujuan membantu persiapkan skuad negara menjelang pusingan kelayakan terakhir ke Olimpik Tokyo, November ini.
Foto : Stadium Astro
Tambahnya, usaha mendapatkan khidmat Pemain Terbaik Dunia 5 kali itu merupakan permintaan jurulatih, Roelant Oltmans.
Dalam pada itu, Datuk Seri Subahan turut minta kepakaran Institut Sukan Negara bagi bantu percepatkan proses pemulihan kecederaan penjaga gol, S. Kumar.
Jelasnya, khidmat penjaga gol berpengalaman itu amat diperlukan dalam membantu kempen Malaysia dalam pusingan kelayakan itu nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm