Berita Terkini
← Back to list
KJ nafi kerajaan campur tangan dalam FAM
Mar 08, 2017
Menteri Belia dan Sukan berkata keputusan melarang skuad negara ke Pyongyang untuk aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara, bukan campur tangan kerajaan dalam urusan FAM.
Tegas Khairy Jamaludin, ia dibuat berdasarkan faktor keselamatan susulan ketegangan hubungan diplomatik kedua-dua negara ketika ini.
Katanya kerajaan adalah badan tertinggi untuk menjaga keselamatan rakyat, dengan penilaian daripada pelbagai aspek dibuat. Perkara itu tidak dapat dilaksanakan oleh persatuan sukan.
Tambah Khairy, tindakan Kerajaan Korea Utara halang rakyat Malaysia keluar daripada negara itu mengukuhkan lagi alasan FAM untuk tidak hantar skuad kebangsaan ke Pyongyang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm