Berita Terkini
← Back to list
Kedah berpesta gol di Darul Aman
Jan 22, 2020
Kedah berpesta gol di Darul Aman
Foto - Arena Hijau Kuning
Kedah membelasah kelab Hong Kong, Tai Po FC 5-1 dalam aksi kelayakan pusingan dua Liga Juara-Juara Asia di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Tchetche Kipre muncul wira skuad Lang Merah apabila menjaringkan hatrik manakala dua lagi gol disumbangkan Hadin Azman.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Lang Merah menempah pertemuan play-off dengan FC Seoul di Korea Selatan, Selasa depan.
-----
BAM mungkin pertaruh pemain muda di BATC
Foto - Stadium Astro
Persatuan Badminton Malaysia beri bayangan menurunkan pemain muda pada Kejohanan Berpasukan Asia di Filipina, bulan depan.
Kejohanan itu merupakan laluan kelayakan ke pusingan akhir Piala Thomas dan Uber di Denmark pada Mei nanti.
Untuk layak secara merit ke pusingan akhir Piala Thomas, skuad negara perlu sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir kejohanan di Manila.
-----
Penganjur LTdL 2020 kian kesuntukan masa
Foto - SuperSport
Penganjur Le Tour de Langkawi 2020 berkata, pihaknya masih dalam fasa memuktamadkan 22 pasukan yang akan bertanding pada edisi ke-25 perlumbaan itu.
Setakat ini katanya, hanya satu pasukan berstatus Jelajah Dunia iaitu NTT Pro Cycling yang mengesahkan penyertaan dalam jelajah berbasikal itu kali ini.
UCI tetapkan, sekurang-kurangnya lapan pasukan bestatus Jelajah Dunia atau Jelajah Profesional perlu mengambil bahagian jika LTdL mahu kekalkan status perlumbaan Siri Profesional.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm