Berita Terkini
← Back to list
Kedah kembali temui rentak Piala Malaysia
Aug 21, 2019
Tuan rumah, Kedah bangkit daripada ketinggalan 2 kali untuk tumpaskan PKNS FC 3-2 pada aksi ke-4 kumpulan A, Piala Malaysia!
Foto : MFL
Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal terlebih dahulu menjaringkan gol pada babak pertama sebelum Jonathan Bauman menyamakan kedudukan untuk skuad Lang Merah 5 minit selepas babak kedua bersambung.
PKNS FC sekali lagi berada di depan menerusi jaringan Nicholas Swirad pada minit ke-70.
Foto : MFL
Kedah kemudian menjaringkan 2 gol pada 10 minit terakhir perlawanan untuk catat kemenangan sekaligus duduki tangga ke-2 dengan 7 mata, 2 mata di belakang pendahulu, Terengganu FC.
Beralih ke aksi Piala Cabaran,
Foto : MFL
Kelantan raih kemenangan pertama apabila benam tuan rumah, Sarawak 3-0 pada aksi kumpulan A, manakala UKM FC tumpaskan Kuala Lumpur juga 3-0 dalam aksi kumpulan B.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm