Berita Terkini
← Back to list
Kedah naik ke tangga ketiga Liga Super selepas tuundukkan Melaka 2-1.
May 19, 2019
Ketua jurulatih Kedah berpuas hati dengan aksi pemainnya ketika tumpaskan Melaka 2-1 dalam aksi Liga Super malam tadi.
Aidil Sharin berkata kemenangan itu penting sebagai moral pasukan untuk bertemu JDT pada aksi penghujung bulan ini.
Dua gol daripada skuad Lang Merah berjaya membawa pasukan itu kembali ke tangga ketiga liga.
Aksi lain berkesudahan, Terengganu FC sekadar terikat 1 sama denngan Felda United di Jengka.
Dan, Selangor juga turut terikat 1 sama menentang PKNP FC di Manjung.
Keputusan aksi Liga Premier pula berkesudahan,
UiTM FC rampas kedudukan selaku pendahulu liga selepas atasi Sarawak 2-1,
Negeri Sembilan kalahkan Kelantan 3-1,
Dan, JDT II tewas 0-2 kepada Pulau Pinang di laman sendiri.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm