Berita Terkini
← Back to list
Kegagalan di Filipina satu 'wake up call'
Dec 12, 2019
Kegagalan di Filipina satu 'wake up call'
Foto - Berita Harian
Kegagalan kontinjen Malaysia di temasya Sukan SEA Filipina boleh dianggap sebagai 'wake up call' kepada semua pihak terlibat.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim bagaimanapun enggan cepat melatah atau segera buat kesimpulan berhubung kegagalan itu.
Sebaliknya beliau mahu semua pihak duduk berbincang secara terperinci dan melihat faktor-faktor yang menjurus kenapa sasaran itu gagal dicapai.
-----
Kanu dan lumba bot tradisional paling hambar di Sukan SEA
Foto - The Malaysian Reserve
13 jenis sukan dikenal pasti belum mampu bersaing di pentas Sukan SEA Filipina sejurus temasya itu melabuhkan tirainya, semalam.
Menurut Majlis Sukan Negara, antara sukan terbabit adalah kanu dan lumba bot tradisional, surfing, hoki dalam air, penthathlon dan wakeboard.
Paling mengecewakan katanya adalah pasukan kanu dan lumba bot tradisional yang menghantar penyertaan terbesar, seramai 37 atlet dan pegawai.
-----
Cabaran Aaron Chia/Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir berakhir
Foto - Badminton Association of Malaysia
Hasrat gandingan Aaron Chia/Soh Wooi Yik melangkah jauh pada kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou, China tidak kesampaian.
Selepas tewas kepada wakil Indonesia semalam, juara beregu lelaki Sukan SEA Filipina itu kalah kali kedua dalam saingan kumpulan.
Bertemu pasangan Chinese Taipei, Aaron dan Wooi Yik cuba memberikan tentangan namun terpaksa akur tewas 22-20, 21-23 dan 21-14.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm