Berita Terkini
← Back to list
Kejohanan Boling Wanita Dunia: Malaysia gagal pertahan emas berpasukan
Aug 28, 2019
Kejohanan Boling Wanita Dunia: Malaysia gagal pertahan emas berpasukan
Foto - Team Malaysia
Skuad boling wanita negara gagal mempertahankan pingat emas acara berpasukan pada Kejohanan Boling Wanita Dunia 2019 di Las Vegas.
Malaysia gagal melangkah ke saingan separuh akhir dan sekadar menduduki tempat ke-8 daripada 26 pasukan.
Namun, dua wakil negara, Siti Safiyah Amirah dan Li Jane layak ke pusingan pertama acara individu Masters, lewat hari ini.
-----
Franco & Fabio kekal bersama Petronas Yamaha SRT
Foto - Petronas SRT
Pasukan MotoGP Petronas Yamaha Sepang Racing Team umum mengekalkan Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo untuk saingan musim hadapan.
Ketua pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, bagi saingan Moto2, masih ada masa untuk mereka buat keputusan siapa pengganti Khairul Idham Pawi.
Bagi kelas Moto3 pula katanya, John McPhee sudah pun diumumkan kekal manakala satu lagi slot akan diputuskan tidak lama lagi.
-----
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Indonesia ulangi jaminan keselamatan
Foto - Detik
Indonesia beri jaminan keselamatan kepada penyokong bola sepak negara bagi menyaksikan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Jakarta, Khamis depan.
Jaminan itu diberikan selepas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia adakan mesyuarat kedua bersama FAM, semalam.
Selain itu, FAM akan turut adakan perbincangan dengan pihak berkuasa di sana mengenai pelan keselematan komprehensif bagi penyokong Malaysia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm