Berita Terkini
← Back to list
Kejohanan Olahraga tertutup kebangsaan peluang terakhir atlet ke Sukan SEA Filipina.
Aug 14, 2019
Kejohanan Olahraga tertutup Kebangsaan yang dijadual berlangsung Jumaat ini bakal jadi medan terakhir atlet untuk buru slot ke Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.
Foto - Stadium Astro
Antara nama besar yang masih belum mengesahkan tempat ke temasya itu ialah raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan dan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.
Ketua jurulatih olahraga negara, Mashahar Abd Jalil bagaimanapun yakin dengan kemampuan Khairul Hafiz untuk perbaiki catatannya sekaligus raih tempat ke Sukan SEA.
Foto - Stadium Astro
Tambahnya, Zaidatul yang sedang jalani latihan di Amerika Syarikat perlu perbaiki catatannya kerana hanya duduki ranking ke-6 Asia Tenggara dengan catatan 11.65 saat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm