Berita Terkini
← Back to list
Kejuaraan AFC B-16: Presiden FAM ucap tahniah tapi..!
Sep 21, 2018
Kejuaraan AFC B-16: Presiden FAM ucap tahniah tapi..!
Foto - Stadium Astro
Presiden FAM ucap tahniah kepada skuad bawah 16 tahun negara yang berjaya benam Tajikistan 6-2 pada aksi pertama Kejuaraan AFC, semalam.
Namun, Datuk Hamidin Mohd. Amin ingatkan pemain untuk fokus dan kekalkan prestasi yang baik, berbaki dua aksi kumpulan menentang Thailand dan Jepun.
Saingan ini cukup penting untuk Malaysia sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir bagi merebut tiket ke Piala Dunia Bawah 17 di Peru, tahun depan.
-----
Lee Zii Jia tarik diri Kejohanan Terbuka Korea
Foto - Stadium Astro
Skuad badminton negara dijangka terus kemarau kejuaraan perseorangan lelaki apabila Lee Zii Jia terpaksa tarik diri daripada saingan Terbuka Korea.
Zii Jia beritahu ARENA, dia sudah lakukan persiapan, namun masih dihantui masalah kecederaan belakang badan.
Namun tegas Zii Jia, ia bukanlah sesuatu yang perlu digusarkan dan jika diberi lampu hijau, dia akan kembali beraksi di Terbuka Taiwan, awal bulan depan.
-----
Goh Jin Wei sandaran Malaysia di Kejohanan Remaja Dunia
Foto - Stadium Astro
Perseorangan wanita, Goh Jin Wei akan ketuai pasukan Malaysia ke Kejohanan Remaja Dunia di Kanada dari 5 hingga 18 November depan.
Untuk rekod, pemain berusia 18 tahun itu pernah muncul juara kejohanan yang sama pada 2015 di Lima, Peru.
Selain Jin Wei, pemain yang turut tersenarai pada kejohanan itu ialah naib juara perseorangan lelaki Sukma 2018, Aidil Sholeh Sadikin.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm