Berita Terkini
← Back to list
Kejuaraan AFC Bawah 19 mungkin dibatalkan
Dec 29, 2020
Kejuaraan AFC Bawah 19 mungkin dibatalkan
Foto - Asian Footbal Confederation
Selepas kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun dibatalkan, Kejuaraan AFC Bawah 19 Tahun 2020 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan, Mac tahun hadapan mungkin menerima nasib sama.
Pengurus pasukan B-19 negara, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar menjangkakan AFC akan menuruti jejak langkah FIFA susulan rintangan dihadapi dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, ketika ini.
Beliau bagaimanapun menghormati sekiranya ia terpaksa dibatalkan dan pada masa sama mengharapkan badan induk bola sepak bertanggungjawab mengambil langkah sewajarnya dalam menjaga potensi pemain.
-----
Shukur Jusoh mungkin bersara
Foto - Berita Harian
Bekas pemain tengah kebangsaan, Shukur Jusoh tidak menolak kemungkinan bersara biarpun masih mengidam beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Selepas meninggalkan Terengganu FC, dia belum mendapat sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan yang mahukan khidmatnya musim depan.
Namun katanya kepada Sukan NSTP, dia bersedia berbincang selain akan membatalkan hasrat untuk bersara jika ada menerima tawaran.
-----
Malik Mat Ariff mahu balas kepercayaan Pahang
Foto - Semuanya Bola
Abdul Malik Mat Ariff mahu buktikan penyertaan semula bersama Pahang mampu beri impak dalam saingan Liga Malaysia, musim depan.
Dia berharap, pengalaman yang dimiliki mampu memberi motivasi dan keyakinan untuk meletakkan skuad Tok Gajah pada kedudukan terbaik.
Justeru, dia mahu membalas kepercayaan itu dengan mempamerkan prestasi terbaik seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm