Berita Terkini
← Back to list
Kelantan hilang khidmat Nik Akif Syahiran
Apr 19, 2019
Foto - Stadium Astro
Pemain tengah Kelantan Nik Akif Nik Mat digantung dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia kerana berkelakuan ganas.
Pemain skuad Bawah 23 Tahun negara itu didapati bersalah menumbuk perut pemain Sarawak Mohd Badrul Hisham Mohamad Hussein pada perlawanan Liga Perdana di Kuching, 6 April lepas.
Foto - Stadium Astro
Jawatankuasa Tatatertib FAM berkata, keputusan dibuat dengan satu penggantungan adalah secara automatik iaitu ketika Kelantan menentang PDRM pada 12 April lepas.
Nik Akif turut diberi amaran keras selain akan dikenakan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama.
Foto - FAM
Jawatankuasa itu turut memutuskan hukuman penggantungan perlawanan ke atas tiga pemain Liga M3, masing-masing dari SAMB FC, Tun Razak FC dan DDM FC.
Dua daripada mereka dikenakan penggantungan enam perlawanan sementara seorang lain digantung empat perlawanan berserta denda RM500.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm