Berita Terkini
← Back to list
Kelayakan Piala Dunia 2018
Mar 27, 2017
Jerman tumpaskan Azerbaijan 4-1 pada aksi kumpulan C kelayakan bolasepak Piala Dunia 2018.
Kemenangan kelima berturut-turut itu kukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas kumpulan dengan 15 mata, lima mata di depan Ireland Utara yang tewaskan Norway 2-0.
Republic Czech pula lakar kemenangan kedua selepas belasah San Marino 6-0.
Dalam aksi kumpulan F, England tundukkan Lithuania 2-0, untuk kekal di tangga teratas dengan 13 mata.
Slovakia tewaskan Malta 3-1 sekaligus naik ke kedudukan kedua, 4 mata di belakang England.
Slovenia jatuh ke tempat ketiga apabila kalah 0-1 kepada Scotland.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm