Berita Terkini
← Back to list
Kementerian Belia dan Sukan perkenalkan Projek TRACK
Mar 16, 2019
Foto - Berita Harian
Kementerian Belia dan Sukan perkenalkan Projek TRACK, inisiatif baharu kepada atlet untuk pilih kerjaya alternatif selain bidang sukan.
Majlis Sukan Negara sedang merangka garis panduan pelaksanaan projek itu yang dijangka siap bulan ini.
Foto - Stadium Astro
Sebagai permulaan, 50 atlet akan dipilih di bawah projek perintis untuk diserap ke dalam syarikat yang terlibat menjelang pertengahan tahun ini.
KBS akan memantau apakah nilai tambah yang diperolehi oleh atlet, majikan dan juga adakah pengalaman bekerja itu akan menjejaskan prestasi mereka.
Foto - Stadium Astro
Difahamkan, syarikat swasta dan GLC yang hadir pada majlis pelancarannya telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyokong Projek TRACK itu.
Katanya, syarikat yang berminat diminta menerokai sebarang kekosongan atau peranan yang sesuai dengan golongan atlet seperti kerja dari rumah, jadual kerja fleksibel atau bekerja secara sambilan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm