Berita Terkini
← Back to list
Kempen Harimau Malaya bersambung Oktober, November
Jun 06, 2020
Kempen Harimau Malaya bersambung Oktober, November
Foto - Football Association of Malaysia
Konfederasi Bola Sepak Asia umumkan tarikh baru Kelayakan Piala Dunia /Piala Asia yang dijadualkan pada Mac dan Jun sebelum digantung susulan pandemik COVID-19.
Selepas berbincang dengan FIFA, AFC berkata baki perlawanan bagi pusingan kedua kelayakan bersama ini dijadualkan pada Oktober dan November depan.
Ini bermakna skuad Harimau Malaya akan menyambung kempen kelayakan dengan bertemu UAE pada 8 Oktober, Vietnam, 13 Oktober dan Thailand pada 17 November.
-----
KAFA sedia ke Liga M3
Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan
Persatuan Bolasepak Kelantan sedia menerima semua hukuman termasuk disingkirkan ke Liga M3 musim depan gara-gara isu tunggakan gaji bekas pemain import.
Menurut ARENA, KAFA akui tidak bernasib baik apabila kes ini berlaku ketika FAM dan MFL mula melaksanakan program pelesenan kebangsaan bermula 2019 dan 2020.
Dengan kesuntukan masa untuk selesaikan hutang yang dikatakan mencecah 2 juta ringgit, ia tampak mustahil buat juara treble 2012 itu mendapatkan lesen kebangsaan Ogos depan.
-----
Terengganu terlepas pandang Nur Aiman
Foto - Team Sapura Cycling
Terengganu akan mempertimbangkan bentuk ganjaran kepada pelumba basikal anak jati negeri itu, Muhammad Nur Aiman Zariff.
Pihaknya akui terlepas pandang kejayaan pelumba kelahiran Setiu itu kerana dia mewakili pasukan Team Sapura Cycling berbanding pasukan negeri itu, Terengganu Cycling Team.
Aiman mengharumkan nama negara dan Terengganu apabila muncul pelumba Malaysia pertama dinobat Raja Bukit pada jelajah Le Tour de Langkawi, Februari lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm