Berita Terkini
← Back to list
Keputusan Sze Fei-Izzuddin Sertai RTG Diketahui Bulan Depan
Feb 28, 2025
Keputusan Sze Fei-Izzuddin Sertai RTG Diketahui Bulan Depan
Keputusan sama ada Goh Sze Fei-Nur Izzuddin bakal sertai program Road To Gold atau sebaliknya akan diketahui bulan depan.
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh hasil pertemuan dengan beregu lelaki profesional negara itu, Rabu lalu.
Jelasnya, pertemuan itu juga diadakan untuk membincangkan bentuk bantuan yang sesuai dan mendengar cabaran yang mereka hadapi dalam harungi kejohanan antarabangsa.
Zainal Abidin Hassan mahu perkemas pertandingan bola sepak tempatan
Datuk Zainal Abidin Hassan sasar untuk memperkemas dan memperkukuh pertandingan bola sepak tempatan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM yang baru itu akui pertandingan tempatan penting kerana ia tempat bakat dibentuk sehinggalah dipilih mewakili skuad kebangsaan.
Beliau juga akan pantau persatuan bola sepak negeri dan mengharapkan kerjasama mereka bagi melahirkan pemain terbaik untuk masa depan bola sepak negara.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm