Berita Terkini
← Back to list
Ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti letak jawatan!
May 16, 2019
Ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti buat keputusan mengejut apabila meletakkan jawatannya dengan serta-merta !
Ia sebagai mengambil tanggungjawab ke atas kemerosotan prestasi TFC, dengan terbaru skuad penyu diaibkan di laman sendiri oleh pendatang baru, PJ City FC 3-5 dalam saingan Liga Super.
Foto: Berita Harian
Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu berkata tugas Irfan akan digalas oleh penolong ketua jurulatih, Nafuzi Zain buat sementara waktu.
Pada 2011, Irfan telah membawa Terengganu menjuarai Piala FA, Naib Juara Piala Malaysia dan Naib Juara Liga Super seterusnya layak ke saingan AFC 2012 buat pertama kalinya dalam sejarah.
Kehadiran buat kali kedua pada 2017 merangkul Naib Juara Liga Premier membawa pasukan ke Liga Super 2018 serta Naib Juara Piala Malaysia 2018.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm