Berita Terkini
← Back to list
Konfederasi Hoki Malaysia akan buat rayuan untuk slot automatik ke Olimpik Tokyo
Sep 04, 2018
Konfederasi Hoki Malaysia akan buat rayuan untuk dapatkan slot automatik ke Olimpik Tokyo 2020.
Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata skuad lelaki negara perlu diberi keutamaan untuk layak secara automatik selepas muncul naib juara Sukan Asia Indonesia.
Ini selepas Jepun, selaku tuan rumah Sukan Olimpik, menjuarai temasya itu.
Mengikut peraturan, juara Sukan Asia, selaku juara benua diberi tiket automatik ke Sukan Olimpik.
Tambah Datuk Seri Subahan, surat rayuan akan diserahkan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa dan Persekutuan Hoki Asia dalam minggu ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm