Berita Terkini
← Back to list
Kontinjen negara berjaya raih 15 emas pada saingan Sukan Para ASEAN ke-9 hari ini.
Sep 21, 2017
Kontinjen negara berjaya raih 15 emas pada saingan Sukan Para ASEAN ke-9 hari ini.
Skuad berbasikal lebuh raya para menjadi penyumbang terbesar dengan menggondol 6 emas.
Skuad olahraga turut cemerlang dengan meraih 4 emas, dengan atlet lontar peluru Ziyad Zolkefli cipta rekod baru kejohanan dan rekod baru Para Asia dengan lontaran 16.81 meter.
Skuad tennis menyumbangkan 2 emas, manakala angkat berat, renang dan boling masing-masing raih 1 emas.
Malaysia kini telah kumpul 69 emas, di belakang pendahulu Indonesia yang meraih 91 emas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm