Berita Terkini
← Back to list
Kontinjen negara rangkul 7 pingat emas, hari keempat Sukan Para Asia Indonesia.
Oct 10, 2018
Hari keempat Sukan Para Asia Indonesia semalam nyata hari yang produktif buat kontinjen negara.
Ini selepas 7 pingat emas berjaya diraih menerusi olahraga, basika lebuh raya dan tenpin boling.
Foto: MISIM
Lebih membanggakan, atlet pecut, Mohd Ridzuan Puzi yang memenangi acara pecut 100 meter dan jaguh lompat jauh, Abd Latif Romly berjaya catat rekod baru dunia para.
Foto: MISIM
Malaysia kini di kedudukan kelapan keseluruhan dengan 7 emas, 8 perak dan 12 gangsa.
Lee Zi Jia belum boleh ganti Datuk Lee Chong Wei
Kejayaan menjuarai Terbuka Taiwan belum cukup untuk Lee Zii Jia diletakkan sebagai pengganti Datuk Lee Chong Wei.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pemain itu perlu kekal konsisten dari semasa ke semasa.
Persatuan Bolasepak Kedah sedia lepaskan Akhyar Rashid.
Persatuan Bolasepak Kedah sedia lepaskan bintang mudanya, Akhyar Rashid jika mahu lebarkan kariernya ke pasukan lain terutamanya ke luar negara.
Tiga kelab dikatakan berminat untuk dapatkan Akhyar dan sudah pun kemukakan tawaran masing masing.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm