Berita Terkini
← Back to list
Kontinjen negara tamatkan saingan Sukan SEA dengan meraih 5 daripada 7 emas pada hari ini.
Aug 30, 2017
Kontinjen negara menamatkan saingan Sukan SEA dengan meraih 5 daripada 7 emas yang dipertandingkan hari ini.
Skuad luncur ais menyumbangkan 3 emas menerusi acara individu dan berpasukan pada hari terakhir temasya itu.
Manakala skuad terjun negara pamerkan dominasi mereka apabila sapu bersih kesemua 13 emas yang dipertandingkan, selepas meraih 2 emas menerusi acara 10 meter platform seirama lelaki dan wanita pagi tadi.
Malaysia tamatkan saingan Sukan SEA sebagai juara keseluruhan dengan 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa.
Tempat kedua, Thailand sekadar raih 72 emas dan Vietnam di tempat ke-3, dengan 58 emas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm