Berita Terkini
← Back to list
LTdL 2021 dibatalkan
Nov 17, 2020
LTdL 2021 dibatalkan
Foto - Shah Rahimin Rosle (ARN)
Jelajah berbasikal terulung Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi 2021 dibatalkan penganjurannya mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 dalam negara.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata, keputusan itu dicapai secara bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pihaknya dan penganjur, Human Voyage Sdn. Bhd.
Langkah seterusnya, PKBM akan memaklumkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengenai penangguhan ini dan akan membuat pendaftaran baru bagi tahun 2022.
-----
Astana Pro Team berwajah baru tahun depan
Foto - Cycling Weekly
Pasukan lumba basikal Kazakhstan, Astana Pro Team akan dikenali sebagai Astana-Premier Tech tahun depan selepas mendapat penaja baru dari Kanada.
Sejak ditubuhkan pada 2007, Astana sebelum ini hanya dibiayai syarikat-syarikat tempatan dari Kazakhstan terutamanya syarikat berkaitan kerajaan.
Jumlah tajaan itu bagaimanapun semakin berkurangan dari tahun ke tahun sekaligus memaksa mereka cari penaja baru untuk bersaing dalam Jelajah Dunia.
-----
MFL umum tarikh penting Liga-M 2021
Foto - Malaysian Football League
Kalendar bola sepak tanah air musim 2021 akan kembali membuka tirai 26 Februari depan bermula dengan perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, JDT lawan Kedah.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) maklumkan, Liga Super dan Liga Premier berlangsung sehari selepas itu, Piala FA akan bermula bulan Mac manakala Piala Malaysia mulai September 2021.
Kejohanan Challenge Cup pula akan berlangsung pada awal bulan September sementara dua perlawanan akhirnya akan diadakan pada awal dan pertengahan bulan November.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm