Berita Terkini
← Back to list
Lebih 1,400 anggota polis kawal SNBJ
Nov 18, 2019
1,400 anggota polis kawal SNBJ
Foto - Berita Harian
Lebih 1,400 anggota polis akan bertugas mengawal Stadium Nasional Bukit Jalil esok sempena aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia lawan Indonesia.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menjangkakan 85,000 penyokong hadir menyaksikan perlawanan itu termasuk 6,000 penyokong Indonesia.
Justeru, pihaknya menasihatkan penyokong supaya mengawal diri, mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan.
-----
Tan Chen Hoe idam penamat bermakna
Foto - Persatuan Bola Sepak Malaysia
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe idam kemenangan ke atas Indonesia pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Bukit Jalil, esok.
Katanya, rentetan kejayaan yang dilakar skuad negara dalam beberapa perlawanan sebelum ini jelas menaikkan semangatnya menjelang perlawanan terakhir tahun ini.
Namun Cheng Hoe tetap berwaspada dengan ancaman skuad Garuda ekoran empat kekalahan berturut-turut yang dialami pasukan lawan pada kempen kelayakan itu
-----
Nasir Basharuddin perlu kerja keras
Foto - Terengganu Football Club
Pemain baru Terengganu FC, Nasir Basharuddin akui perlu bekerja keras untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad Penyu.
Ini kerana dia perlu bersaing dengan tiga pemain import termasuk tonggak Singapura, Faris Ramli selain Lee Tuck dan Sanjar Shaakmedov.
Namun Nasir beritahu Harian Metro, terserah kepada jurulatih, Nafuzi Zain untuk membuat pilihan kerana tugas utamanya adalah memperagakan aksi terbaik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm