Berita Terkini
← Back to list
Lee Chong Wei kembali jalani latihan
Jan 04, 2019
Foto - Stadium Astro
Selepas lebih enam bulan berehat susulan rawatan kanser hidung Julai lalu, Datuk Lee Chong Wei kembali jalani latihan pemulihan, hari ini.
Chong Wei dilihat menghabiskan masa di gimnasium Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara dengan ditemani barisan jurulatih, Datuk Misbun Sidek, Hendrawan dan Tey Seu Bock.
Foto - Stadium Astro
Misbun berkata, beliau gembira melihat anak didiknya itu kembali bersemangat dan ceria menjalani pemulihan hari ini.
Jelasnya, BAM memberi kebebasan kepada Chong Wei untuk membuat keputusan mengenai latihan dan kejohanan yang akan disertainya pada tahun ini.
Foto - Stadium Astro
Kali terakhir Chong Wei beraksi adalah pada Kejohanan Terbuka Indonesia pada Julai 2018 yang menyaksikan beliau tewas kepada Kento Momota di pusingan separuh akhir.
Beliau kemudian menjadi tumpuan media apabila menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia Indonesia kerana menghidap kanser hidung tahap satu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm