Berita Terkini
← Back to list
Liga Europa Dan Liga Juara-Juara Berlangsung 3 Minggu Bermula Ogos Depan!
Jul 07, 2020
Saingan Liga Europa dan Liga Juara-Juara akan dilangsungkan selama 3 minggu bermula Ogos depan!
Ini selepas kedua-dua saingan tersebut yang berada di peringkat kalah mati terpaksa ditunda sebelum ini akibat pandemik COVID-19.
Namun terdapat beberapa perubahan format untuk kedua-dua saingan berkenaan iaitu tiada lagi aksi timbal balik dan perlawanan akan dilangsungkan secara tertutup.
Pasukan yang telah layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara adalah Atalanta, PSG, Atlético Madrid dan RB Leipzig.
Manakala aksi pusingan 16 terbaik Liga Europa antara Roma dan Sevilla serta Inter Milan menentang Getafe hanya akan diadakan sekali.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm