Berita Terkini
← Back to list
Liga Europa : United Ke Pusingan 16 Terbaik
Jan 31, 2025
Liga Europa : United Ke Pusingan 16 Terbaik
Manchester United kekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Europa selepas tundukkan FCSB 2-0.
Diogo Dalot dan Kobbie Mainoo masing-masing jaringkan 1 gol untuk United ada babak kedua perlawanan.
Kemenangan itu sekaligus menyaksikan United tamatkan peringkat liga di tangga ketiga dan mara ke pusingan 16 terbaik.
Antara keputusan lain,
Tottenham benam Elfsborg 3-0,
Pendahulu, Lazio tewas mengejut 0-1 kepada Braga,
Dan, Athletic Bilbao tundukkan Viktoria Plzen 3-1.
Herry Iman Pierngadi sudah tiba di KL
Ketua jurulatih beregu lelaki negara yang baru, Herry Iman Pierngadi sudah tiba di Kuala Lumpur untuk memulakan tugasnya secara rasmi esok.
Jurulatih berpengalaman Indonesia itu teruja kerana Malaysia merupakan negara asing pertama yang bakal dibimbingnya selepas kira-kira 30 tahun melatih pemain Indonesia.
Herry dilantik sebagai ketua jurulatih beregu lelaki negara yang baru bagi menggantikan tempat Tan Bin Shen yang berhijrah ke Hong Kong
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm