Berita Terkini
← Back to list
Liga Juara-Juara : Arsenal Mara Ke Suku Akhir
Mar 13, 2025
Liga Juara-Juara : Arsenal Mara Ke Suku Akhir
Arsenal mara ke suku akhir Liga Juara-Juara!
The Gunners seri 2 sama dengan PSV Eindhoven pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik pagi tadi untuk mara ke peringkat seterusnya dengan agregat 9-3.
Oleksandr Zinchenko dan Declan Rice masing-masing jaringkan 1 gol buat Arsenal pada perlawanan itu.
Aksi lain berkesudahan,
Real Madrid kalahkan Atletico Madrid 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti apabila kedua[1]dua pasukan terikat 2 sama secara agregat selepas tamat masa tambahan,
Borussia Dortmund tundukkan Lille 2-1,
Aston Villa benam Club Brugge 3-0,
Real, Dortmund dan Villa mara ke suku akhir dengan kelebihan agregat.
All England : 3 wakil negara mara ke pusingan kedua
3 wakil Malaysia bakal beraksi pada pusingan kedua kejohanan badminton All England, hari ini.
Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan gandingan Korea Selatan,
Beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah pula bakal menentang wakil Indonesia,
Manakala Goh Soon Huat- Shevon Lai akan berdepan gandingan Scotland bagi acara beregu campuran.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm