Berita Terkini
← Back to list
Liga Juara-Juara : Real Madrid Ke Pusingan Play Off
Jan 30, 2025
Liga Juara-Juara : Real Madrid Ke Pusingan Play Off
Real Madrid benam Brest 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara.
Namun, Real terpaksa harungi pusingan play off apabila gagal duduki kelompok 8 pasukan teratas liga.
Manchester City turut ke pusingan play off walaupun berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk benam Club Brugge 3-1, pagi tadi.
Sementara itu, Barcelona terlepas peluang untuk naik ke tangga teratas Liga Juara-Juara apabila seri 2 sama dengan Atalanta.
Barca kini 2 mata di belakang pendahulu, Liverpool yang tewas 2-3 kepada PSV Eindhoven.
Selain Liverpool dan Barca, Arsenal, Inter Milan, Atletico Madrid, Bayer Leverkusen, Lille dan
Aston Villa juga sahkan tempat ke pusingan 16 terbaik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm