Berita Terkini
← Back to list
Liverpool Terus Unggul Di Persada EPL
Feb 27, 2025
Liverpool Terus Unggul Di Persada EPL
Liverpool kukuhkan kedudukan selaku pendahulu EPL selepas kalahkan Newcastle 2-0, pagi tadi.
Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister masing-masing jaringkan 1 gol untuk The Reds.
Liverpool kini 13 mata di depan pencabar terdekatnya, Arsenal yang seri tanpa jaringan dengan Nottingham Forest.
Aksi lain berkesudahan,
Manchester City tundukkan Tottenham 1-0,
Dan, Manchester United atasi Ipswich Town 3-2.
Sementara itu menurut laporan BBC, Manchester United rancang untuk mengadakan 2 perlawanan persahabatan di Malaysia dan Hong Kong selepas tamat saingan EPL, Mei depan.
Nurul Izzah Izzati pecahkan rekod Asia
Nurul Izzah Izzati pecahkan rekod Asia dalam acara 1 kilometer ujian masa wanita sekali gus raih pingat emas keduanya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai.
Atlet berbasikal trek wanita negara itu catat masa 1 minit 6.229 saat dalam perlumbaan final sekaligus padam rekod Asia yang dilakukannya sendiri pada aksi kelayakan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm