Berita Terkini
← Back to list
Luka Modric dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d'Or 2018.
Dec 04, 2018
Luka Modric dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d'Or 2018!
Pemain tengah Real Madrid itu merupakan pemain Croatia pertama menerima anugerah berprestij itu.
Ini selepas dia bantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara dan membantu pasukan kebangsaannya layak ke final Piala Dunia 2018.
Bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo raih tempat kedua manakala Antoine Griezmann ketiga.
Bintang Barcelona, Lionel Messi pula sekadar duduki tangga ke-5.
Bintang muda PSG dan Perancis, Kylian Mbappe pula dinobatkan sebagai pemain terbaik bawah 21 tahun.
Dalam pada itu, buat julung kalinya majlis anugerah tersebut mengumumkan pemain wanita terbaik yang dimenangi penyerang Lyon dan Norway, Ada Hegerberg.
Bagaimanapun, peristiwa bersejarah itu tercemar apabila DJ pengacara majlis tersebut meminta Hegerberg menari selepas menerima anugerah tersebut.
Insiden itu mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen seluruh dunia.
MOM teliti cadangan lantik 2 timbalan ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Manila.
Majlis Olimpik Malaysia akan melihat terlebih dahulu cadangan melantik 2 timbalan ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Manila tahun depan.
Cadangan tersebut dibuat oleh Ketua Kontinjen Negara ekoran tuan rumah akan menjadikan tiga bandar rayanya sebagai venue utama temasya tersebut dengan jarak ketiga-tiganya adalah kira-kira 3 jam.
Datuk Lee Chong Wei mahu Lee Zii Jia temaninya ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Jaguh badminton negara itu bagaimanapun berkata Zii Jia perlu terus bekerja keras dan tidak berputus asa untuk mencapai matlamat beraksi pada temasya tersebut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm