Berita Terkini
← Back to list
MFL : Tiada Lagi Penundaan Perlawanan Akibat Covid-19.
Apr 04, 2022
Tiada lagi penundaan perlawanan babitkan pasukan yang dijangkiti Covid-19.
Menurut MFL, pelaksanaan SOP baru itu penting bagi memastikan kelancaran saingan Liga Malaysia.
Jelasnya pasukan bakal harungi jadual agak padat jika kelonggaran untuk mohon penundaan perlawanan akibat Covid-19 terus dilaksanakan.
Bulan lalu, beberapa perlawanan babitkan Liga Super, Liga Premier dan Piala FA terpaksa ditunda susulan penularan wabak itu dalam kalangan pegawai dan pemain.
Sementara itu, MFL turut umum tiada lagi had kapasiti kehadiran penyokong ke stadium bagi menyaksikan saingan Liga Malaysia musim ini.
Ia selaras dengan pengumuman Menteri Belia dan Sukan berkenaan pembukaan sektor sukan dan rekreasi di bawah fasa peralihan ke endemik bermula Jumaat lalu.
Penyokong juga boleh makan dan minum di stadium dan kanak-kanak turut dibenarkan masuk ke stadium ditemani ibu bapa atau penjaga yang lengkap vaksinasi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm