Berita Terkini
← Back to list
MFL keluarkan jadual sambungan Liga Super, Premier
Jul 29, 2020
MFL keluarkan jadual sambungan Liga Super, Premier
Foto - Malaysian Football League
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah keluarkan jadual rasmi perlawanan Liga Super dan Liga Premier yang akan bersambung semula pada 26 Ogos depan.
Perlawanan bermula dengan aksi Pahang menentang pendahulu liga yang juga juara Liga Super enam kali berturut-turut, JDT di Stadium Darul Makmur.
Terengganu FC pula akan menerima kunjungan Sabah manakala dalam aksi Liga Premier, Kelantan United akan menentang JDT II di tempat lawan.
-----
BWF batal empat lagi kejohanan
Foto - Badminton World Federation
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) batalkan empat kejohanan antarabangsa selepas adakan rundingan dengan tuan rumah setiap kejohanan, susulan penularan COVID-19.
Kejohanan yang dibatalkan ialah Terbuka Taiwan, Terbuka Korea, Terbuka China dan Terbuka Jepun yang dijadualkan berlangsung pada September.
Menurut BWF, keputusan itu dibuat selepas demi kepentingan kesihatan dan kesejahteraan pemain, penonton, sukarelawan dan ahli gabungan badan induk itu.
-----
Petronas Sprinta Racing mungkin singkirkan SuperKIP
Foto - Petronas Sprinta Racing
Khairul Idham Pawi bakal disingkirkan daripada pasukan Petronas Sprinta Racing jika gagal raih kedudukan 15 terbaik kejuaraan dunia Moto3, musim ini.
Amaran itu dikeluarkan prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali yang kecewa dengan prestasi pelumba itu selepas tiga pusingan perlumbaan.
Justeru katanya, baki sebelas perlumbaan musim ini akan menjadi penentu sama ada SuperKIP akan terus mewakili pasukan itu atau tidak, musim depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm