Berita Terkini
← Back to list
MFL lulus permohonan 16 pasukan bagi latihan fasa I
Jun 25, 2020
MFL lulus permohonan 16 pasukan bagi latihan fasa I
Foto - Malaysian Football League
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan sebanyak lapan pasukan Liga Super dan lapan wakil Liga Premier sudah dapat kelulusan untuk mengadakan sesi latihan bagi fasa 1.
Pasukan-pasukan Liga Super yang sudah lulus permohonan adalah UiTM FC, Selangor, JDT , Terengganu FC, Perak, Melaka, Felda United FC dan Kedah.
Manakala baki melibatkan pasukan Liga Premier pula adalah Negeri Sembilan, Selangor 2, JDT II, Terengganu FC II, Pulau Pinang, Kuching FA, Perak II dan Kuala Lumpur.
-----
Lima bakat muda dalam radar B. Sathianathan
Foto - Berita Harian
Jurulatih Selangor, B. Sathianathan berkata, beliau amalkan sifat keterbukaan dalam memberi peluang kepada pemain muda membuktikan kemampuan di peringkat tertinggi.
Justeru katanya, barisan pemain muda Selangor 2 termasuk penyerang sensasi, Luqman Hakim Shamsudin berpeluang diserapkan ke dalam pasukan utama Red Giants, musim ini.
Buat masa ini katanya, kapten skuad bawah 18 negara, Mukhairi Ajmal Mahadi antara salah seorang daripada lima pemain muda Selangor 2 yang berada dalam radarnya.
-----
Syarul Azman idam beraksi di Sukan SEA
Foto - The Star
Jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah masih meletakkan impian untuk beraksi di Sukan SEA sekali gus menyasarkan pingat emas buat negara.
Justeru, juara Mr Asia lima kali serta juara dunia empat kali berturut-turut menaruh harapan tinggi agar Vietnam selaku tuan rumah Sukan SEA 2021 menyenaraikan acara bina badan.
Kali terakhir bina badan dipertandingkan di Sukan SEA adalah di Myanmar pada 2013 dengan skuad negara berjaya meraih satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm