Berita Terkini
← Back to list
MFL rayu Majlis Keselamatan Negara
Nov 10, 2020
MFL rayu Majlis Keselamatan Negara
Foto - Malaysian Football League
Liga Bolasepak Malaysia telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara agar dapat pertimbangkan semula keputusan menangguhkan saingan Piala Malaysia.
Menurut MFL, agak sukar pihaknya untuk menangguhkan kejohanan ini menandangkan kontrak pemain bersama pasukan masing-masing bakal berakhir hujung bulan ini.
Justeru, pihaknya berharap saingan itu dapat diteruskan dengan SOP yang lebih ketat termasuk mengadakan perlawanan secara berpusat atau "quarantin based".
-----
PDRM lepaskan Ishak Kunju
Foto - Berita Harian
Jurulatih PDRM, Ishak Kunju Mohamad mengesahkan kontraknya bersama The Cops yang dijadualkan berakhir hujung bulan ini tidak disambung.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengurusan PDRM yang memberi peluang kepadanya membimbing pasukan itu dalam Liga Super, musim ini.
Ishak yang juga bekas pertahanan kiri pasukan Terengganu era 90-an itu juga mengakui setakat ini belum dilamar mana-mana pasukan.
------
Skuad bola sepak SUKMA Perak mahu syarat had umur dikaji
Foto - SUKMA Johor
Skuad bola sepak SUKMA Perak berharap supaya syarat had umur 21 tahun pemain bagi temasya dwi tahunan itu dikaji dan diberikan kelonggaran.
Ini kerana mereka terpaksa cari pemain baru kerana sebahagian besar pemain skuad itu akan melebihi umur 21 tahun, tahun depan.
Kementerian Belia dan Sukan semalam umum membatalkan SUKMA Johor yang sepatutnya dilangsungkan semula tahun depan akibat COVID-19.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm