Berita Terkini
← Back to list
MFL sedia menilai semula kuota lima pemain import
Jul 19, 2018
Liga Bolasepak Malaysia sedia menilai semula kuota lima pemain import termasuk satu dari ASEAN jika dapat permintaan daripada pasukan dalam Liga Malaysia.
Menurut MFL, keputusan awal berkenaan kuota import ASEAN adalah untuk tempoh tiga tahun bagi melihat impak keseluruhannya kepada Liga M.
Kuota import ASEAN diperkenalkan musim ini bagi meningkatkan nilai komersial Liga M namun tetap mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, terdapat perkembangan baik Liga M terutama dari aspek tontonan siaran langsung dalam talian di rantau ASEAN.
Sumber foto - Stadium ASTRO
Dalam perkembangan lain, Melaka United dijangka kehilangan khidmat Syahrul Azwari Ibrahim dalam dua baki perlawanan Liga Super.
Ini selepas pemain sayap itu alami kecederaan ketika mengikat Pahang 2-2 di Stadium Hang Jebat, semalam.
Pengendali Melaka, E. Elavarasan berkata, kecederaan otot dialami Shahrul memaksa dia berehat secukupnya sebelum saingan Piala Malaysia bermula.
Sumber foto - Stadium ASTRO
Juara dunia empat kali, Lewis Hamilton tandatangani sambungan kontrak dua tahun untuk kekal bersama pasukan Mercedes sehingga musim 2020.
Rundingan antara Mercedes dengan pemandu Britain berusia 33 tahun itu yang kontraknya tamat akhir musim ini berlangsung sejak tahun lalu.
Sumber foto - Stadium ASTRO
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm