Berita Terkini
← Back to list
MFL setuju tangguh aksi Liga Super, Perak lawan Kuala Lumpur
Feb 14, 2019
Foto - Malaysian Football League
Liga Bolasepak Malaysia bersetuju menangguhkan pertemuan Liga Super, Perak lawan Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung di Cheras, esok ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Ia bagi memberi ruang buat skuad The Bos Gaurus melakukan persiapan rapi untuk menghadapi saingan play-off Liga Juara-Juara di Korea Selatan, Selasa depan.
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bolasepak dalam pada itu Perak mohon maaf secara terbuka kerana mendakwa MFL menolak permohonnya untuk menunda aksi menentang Kuala Lumpur itu.
Menurut PAFA, isu itu sama sekali tidak timbul memandangkan PAFA telah membuat permohonan kepada pihak MFL pagi semalam.
Foto - Perak TBG
Malah, pihaknya turut berterima kasih kepada MFL kerana menunda tarikh perlawanan itu bagi membolehkan Perak beri perhatian kepada perlawanan menentang Ulsan Hyundai FC itu nanti.
Perak berjaya mara ke pusingan play-off Liga Juara-Juara Asia selepas menundukkan wakil Hong Kong, Kitchee SC 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Ipoh, Selasa lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm