Berita Terkini
← Back to list
MOM Sokong Cadangan Kerajaan Tambah Baik SOP Aktiviti Sukan dan Sosial.
Nov 04, 2020
Cadangan kerajaan untuk tambah baik SOP aktiviti sukan dan sosial bagi membendung penularan Covid-19 disokong oleh badan sukan.
Majlis Olimpik Malaysia mengalu-alukan sebarang penambahbaikan terhadap SOP berkenaan demi kebaikan semua.
Persatuan Menembak Kebangsaan pula akan memastikan semua ahlinya terus patuhi setiap SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Sementara itu, MOM cadangkan kerajaan memperkenalkan skim pencen untuk atlet yang telah layak ke Sukan Olimpik dan capai kejayaan yang setara dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan lusa.
Pencen itu katanya akan membantu mengurangkan beban atlet kebangsaan yang telah banyak berkorban demi kejayaan negara.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm