Berita Terkini
← Back to list
Malaysia bawa makanan halal ke Sukan SEA Filipina
Sep 28, 2019
Malaysia bawa makanan halal ke Sukan SEA Filipina
Foto - Berita Harian
Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Filipina November depan akan bawa bekalan makanan halal dari tanah air.
Chef De Mission, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, langkah itu berikutan kesukaran untuk dapatkan makanan halal di sana selain enggan menyusahkan tuan rumah.
Kontinjen negara katanya juga sudah boleh mengambil suntikan vaksin bagi mengelak dijangkiti wabak penyakit Measles yang sedang melanda beberapa venue temasya itu.
-----
JDT singkirkan juara bertahan Piala Cabaran
Foto - JohorSouthernTigers
JDT II singkirkan juara bertahan, Terengganu FC II untuk mara ke pentas akhir final Piala Cabaran 2019.
Pada perlawanan separuh akhir kedua di Pasir Gudang malam tadi, JDT II tumpaskan TFC II 2-1 untuk keputusan 4-2 secara agregat.
Menanti JDT di final nanti sama ada UKM FC atau Sarawak yang akan membuat perhitungan di Cheras, malam ini.
-----
12 pasukan layak beraksi dalam Liga Malaysia 2020
Foto - Malaysian Football League
Sembilan pasukan bersaing dalam Liga Super dan tiga pasukan Liga Premier lulus permohonan lesen kelab kebangsaan untuk beraksi pada musim 2020.
Pasukan terbabit ialah JDT, Kedah, KL, Perak, Pahang, Selangor, Terengganu FC, Felda United dan PJ City FC dari Liga Super serta Negeri Sembilan, Sabah dan UiTM FC dari Liga Perdana.
Daripada sembilan pasukan Liga Super itu, hanya enam layak menerima lesen kelab AFC iaitu JDT, Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Terengganu FC.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm