Berita Terkini
← Back to list
Malaysia belasah Brunei 11-0 pada aksi kedua Kelayakan AFC B-19.
Nov 07, 2019
Malaysia belasah Brunei 11-0 pada perlawanan kedua Kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 19 tahun di Kemboja.
Ini merupakan kemenangan pasukan negara selepas tumpaskan tuan rumah, Kemboja 5-4, Sabtu lalu.
Anak-anak buah Brad Maloney akan bertemu Kepulauan Mariana Utara yang diaibkan Thailand 21-0 semalam.
VAR tidak akan diguna pakai dalam Liga Malaysia, musim depan.
Video Bantuan Pengadil dan Teknologi Garisan Gol tidak akan diguna pakai dalam Liga Malaysia, musim depan.
FAM berkata, kedua-dua sistem tersebut menelan kos yang tinggi selain VAR masih mempunyai kelemahan.
MSN yakin Malaysia mampu kutip 76 emas pada Sukan SEA Filipina.
Majlis Sukan Negara yakin Malaysia mampu kumpul 76 pingat emas pada Sukan SEA Filipina, jika atlet kekalkan prestasi mereka sama seperti KL2017.
Sasaran pingat emas sebenar akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan pada majlis penyerahan Jalur Gemilang di Bangi, 21 November ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm