Berita Terkini
← Back to list
Malaysia capai sasaran 7 emas di Sukan Asia!
Sep 02, 2018
Sukan Asia Indonesia akan melabuhkan tirainya hari ini!
Malaysia berjaya mengutip 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa dalam saingan semalam.
Emas ke-7 negara disumbangkan pasukan skuasy lelaki negara apabila menumpaskan pilihan utama, Hong Kong dengan keputusan 2-1.
Keputusan ini sekaligus menyaksikan kontinjen negara berjaya mencapai sasaran awal iaitu mengutip 7 pingat emas pada temasya itu.
Perak pula diraih menerusi skuad hoki lelaki kebangsaan apabila tumpas kepada Jepun 3-1 menerusi penalti shootout selepas terikat 6 sama pada aksi penuh perlawanan.
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri pula sumbangkan gangsa menerusi acara 3 meter papan anjal.
Malaysia kini telah mengutip 7 emas, 13 perak dan 16 gangsa dan berada di kedudukan ke-14 keseluruhan.
China mengekalkan kejuaraan keseluruhan dengan 132 emas, diikuti Jepun dengan 74 emas dan Korea Selatan ketiga dengan 49 emas.
Saksikan upacara penutup Sukan Asia Indonesia secara langsung jam 8 malam ini di Astro Arena dan saluran 790 HD.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm