Berita Terkini
← Back to list
Malaysia gagal ke Piala Dunia bawah 17
Sep 27, 2018
Malaysia gagal ke Piala Dunia bawah 17
Foto - AFC
Hasrat Malaysia melangkah jauh dalam Kejuaraan AFC Bawah 16 tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.
Kakalahan itu menyaksikan anak-anak buah Lim Teong Kim menamatkan aksi kumpulan di tempat tercorot dan terlepas peluang memburu tiket ke Piala Dunia bawah 17 di Peru, tahun depan.
Satu lagi pertemuan Kumpulan A menyaksikan Tajikistan yang dibelasah Malaysia 6-2 sebelum ini, menang tipis 2-1 ke atas Thailand sekaligus layak ke suku akhir.
-----
Khidmat Lim Teong Kim ditamatkan
Foto - Stadium Astro
Khidmat jurulatih skuad Bawah 16 negara, Lim Teong Kim ditamatkan sejurus Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan Kejuaraan AFC B16, hari ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam berkata, keputusan itu berkuatkuasa serta-merta atas arahan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Namun tegas Stuart, Teong Kim masih lagi berkhidmat dengan Program Pembangunan Bolasepak Negara kerana mempunyai perjanjian dengan Kementerian Belia dan Sukan.
-----
Bomba FA mahu beraksi dalam Liga FAM
Foto - fram.bomba.gov.my
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia letak sasaran untuk beraksi dalam Liga FAM bagi musim 2020 dengan nama Bomba FA.
Ketua Pengarah JBPM, Muhamad Hamdan Wahid berkata, walaupun dilihat sukar namun ia bukan mustahil untuk dicapai.
Menurut Sinar Harian, mereka yakin mampu jadi salah satu pencabar hebat di dalam liga bola sepak profesional tanah air seperti ATM dan PDRM.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm