Berita Terkini
← Back to list
Malaysia gagal layak ke Kejohanan AFC Bawah 23 tahun di Bangkok tahun depan.
Mar 27, 2019
Malaysia gagal layak ke pusingan akhir AFC Bawah 23 tahun di Bangkok tahun depan biarpun seri 2 sama dengan China pada aksi terakhir kelayakan malam tadi.
Skuad muda negara mendahului perlawanan sebanyak 2 kali menerusi gol sendiri pemain pertahanan China dan jaringan Danial Haqim.
Malaysia juga gagal muncul antara 5 pasukan terbaik selaku naib juara kumpulan kerana miliki jumlah perbezaan jaringan yang kecil berbanding Australia, Iran, Arab Saudi, dan Syria.
Bagaimanapun, pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee tetap puji persembahan anak buahnya yang mengikut perancangan awal permainan sebelum China menjaringkan gol penyamaan, 6 minit sebelum permainan tamat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm