Berita Terkini
← Back to list
Malaysia lepasi sasaran 15 emas pada Sukan Para Asia Jakarta 2018!
Oct 14, 2018
Malaysia raih 17 emas pada Sukan Para Asia Jakarta 2018!
Foto - Stadium Astro
Malaysia tamatkan saingan Sukan Para Asia dengan meraih 2 lagi emas menerusi acara berbasikal!
Nur Azlia Syafinaz muncul juara trek wanita kategori B manakala satu lagi emas disumbangkan Afiq Afify Rizan menerusi acara trek lelaki B 1 kilometer.
Kontinjen negara berjaya meraih 17 emas secara keseluruhan pada saingan itu, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 15 emas.
---
1 kritikal, 2 stabil selepas dipanah petir di Bukit Jalil
Foto - Astro Awani
Kementerian Belia dan Sukan sahkan 3 peserta futsal Liga Sukan Untuk Semua dipanah petir petang semalam.
Difahamkan, seorang daripada berada dalam keadaan kritikal manakala 2 lagi stabil dan kini sedang menerima rawatan di Hospital UKM.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan menerusi akaun Twitternya berkata beliau telah mengambil maklum mengenai insiden tersebut dan keselamatan serta kebajikan mangsa menjadi keutamaan kementeriannya.
---
KAFA adakan perjumpaan dengan FAM esok
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bola Sepak Kelantan akan adakan perjumpaan dengan FAM esok untuk selesaikan isu lesen Liga Malaysia musim depan!
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata beliau sendiri akan mengetuai delegasi pertemuan itu bagi menyelesaikan beberapa isu yang mengakibatkan KAFA masih belum mendapat kelulusan lesen tersebut.
Terdahulu, FAM menjelaskan permohonan lesen KAFA ditolak kerana gagal penuhi 6 kriteria yang ditetapkan iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm