Berita Terkini
← Back to list
Malaysia mampu cipta kejutan pada aksi final kedua Piala AFF.
Dec 12, 2018
Tan Cheng Hoe percaya Malaysia mampu cipta kejutan pada aksi final kedua Piala AFF menentang Vietnam di Hanoi, Sabtu ini.
Pengendali Harimau Malaya itu berkata anak buahnya mampu menyerap tekanan ketika beraksi di tempat lawan.
Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2 sama pada aksi final pertama Piala AFF menentang Vietnam di Stadium Nasional bukit Jalil.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang memulakan perlawanan dengan baik, tersentak apabila Vietnam menjaringkan 2 gol dalam tempoh 3 minit.
Bagaimanapun, jaringan daripada pemain pertahanan, Shahrul Saad dan Safawi Rasid berjaya menghidupkan semula peluang Harimau Malaya untuk muncul juara kejohanan itu.
Majlis Sukan Negara terima 30 atlet KOM sertai program persiapan ke Sukan SEA 2019 Filipina.
Kesatuan Olahraga Malaysia puas hati apabila Majlis Sukan Negara terima 30 atletnya bagi menyertai program persiapan ke Sukan SEA 2019 Filipina.
Foto: Berita Harian
Dalam pada itu, KOM ambil keputusan untuk tidak sambung kontrak 3 jurulatihnya bagi musim depan ekoran kegagalan raih pingat pada Sukan Asia Indonesia, September lalu.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia pertahankan kedudukan Roelant Oltmans.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia pertahankan kedudukan Roelant Oltmans biarpun gagal bawa Malaysia mara ke pusingan kedua Piala Dunia hoki di India baru-baru ini.
Datuk Seri Subahan Kamal berkata ketua jurulatih negara itu perlukan lebih masa untuk bentuk pasukan yang mantap.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm